SIJIL PEMASANGAN ELEKTRIK
( KUR0068 )
Pengenalan Kursus
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dijalankan secara sepenuh masa dan secara semester. Tempoh setiap semester adalah 4 bulan.
Kokurikulum program SKK yang dibangunkan bersama dengan industry secara berperingkat-peringat adalah bertujuan untuk memudahkan lepasan kolej komuniti memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan Modul-modul SKK yang relevan dengan pasaran kerja semasa pastinya akan membantu memantapkan kemahiran pelajar agar mampu menjadi tenaga mahir yang berkualiti.
Apakah menariknya program ini?
-
Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
-
Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
-
Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
-
Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
-
Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
-
Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran
Butiran Kursus
Nama Institusi | Kolej Komuniti Padang Terap | ||||||||||
Laman Web Institusi | kkpadangterap.jpkk.edu.my | ||||||||||
Kod Pengkhususan | KUR0068 | ||||||||||
Tahap Pengkhususan | Sijil | ||||||||||
Tempoh Pengajian | 20 BULAN | ||||||||||
Biasiswa / Pinjaman | Ada | ||||||||||
Syarat Kelayakan |
Modul Sijil Pemasangan Elektrik
|
||||||||||
Prospek Kerjaya | Juruelektrik, Pendawai bertauliah | ||||||||||
Lain-lain | Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil sijil sepenuh masa SKK (T) atau SKK (M) dalam mana-mana bidang yang ditawarkan boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP). Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat permohonan. Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat satu sahaja permohonan bantuan kewangan iaitu samada melalui TPP atau BKPKK pada satu sesi pengajian. Sila rujuk maklumat berkaitan TPP dan BKPKK untuk maklumat lanjut. |