Pengenalan Kursus

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) ini member pendedahan asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang kejuruteraan plastic serta penyenggaraan peralatannya. Kursus pengkhususan adalah:

  • Proses Pengeluaran Plastik, 
  • Rekabentuk Produk Plastik, 
  • Amalan Bengkel Plastik, 
  • Bahan Plastik, 
  • Pengalatan Prototaip Pantas, 
  • Teknologi Plastik dan
  • Rekabentuk Acuan& Die Plastik

 

Di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang pelajar perlu ambil. Kursus ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa iktisas/juruteknik yang terlibat secara langsung dalam industry plastic dan juga industry kejuruteraan mekanikal yang lain. 

Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjadikan Negara ini sebuah Negara perindustrian maju menjelang abad kedua puluh satu selaras dengan hasrat falsafah pendidikan Negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 

Pelajar akan menjalani latihan industry dalam semester akhir bagi kursus diploma untuk mendapat pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara teori dan kerjaamali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan, persembahan serta tugasan. Pelajar juga diberikan projek untuk diselesaikan secara berkumpulan pada semester akhir bagi pelajar diploma untuk   member peluang kepada pelajar melahirkan kreativiti secara usahasama. Lulusan diploma   boleh melanjutkan pelajaran mereka keperingkat ijazah pertama di Universiti. 

Butiran Kursus

Nama Institusi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
Laman Web Institusi www.polimas.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0126
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 3 TAHUN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan

Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Mathematics
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional berikut:
      • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
      • Aplikasi Elektrik & Elektronik
      • Asas Kelestarian
      • Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
      • Automotif Elektrik & Diesel
      • Automotif Kenderaan
      • Bahan Binaan
      • Biologi
      • Dandanan Rambut
      • Ekonomi Rumahtangga
      • Fizik
      • Fundamental of Programming
      • Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
      • Grafik Berkomputer
      • Grafik Komunikasi Teknikal
      • Hiasan Dalaman Asas
      • Hortikultur Hiasan dan Landskap
      • Information and Communication Technology
      • Katering dan Penyajian
      • Kejenteraan Ladang
      • Kerja Bata dan Kayu
      • Kerja Kimpalan
      • Kerja Menggegas & Melarik
      • Kerja Paip Domestik
      • Kimia
      • Kimpalan Arka dan Gas
      • Landskap dan Nurseri
      • Lukisan Geometri dan Automotif
      • Lukisan Geometri dan Elektrik
      • Lukisan Geometri dan Elektronik
      • Lukisan Geometri dan Fabrikasi Logam
      • Lukisan Geometri dan Mesin
      • Lukisan Geometri dan Pembinaan Bangunan
      • Lukisan Geometri dan Penyaman Udara
      • Lukisan Kejuruteraan
      • Matematik Tambahan
      • Membuat Pakaian
      • Membuat Perabot
      • Menservis Automobil
      • Menservis Motosikal
      • Menservis Peralatan Elektrik Domestik
      • Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
      • Menservis Radio dan TV
      • Patisserie
      • Pemasangan dan Kawalan Elektrik
      • Pembinaan Domestik
      • Pemesinan Berkomputer
      • Pemprosesan Makanan
      • Pendawaian Domestik
      • Pengajian Agroteknologi
      • Pengajian Kejuruteraan Awam
      • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
      • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
      • Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
      • Pengeluaran Tanaman
      • Pengeluaran Ternakan
      • Pengurusan Ladang
      • Pengurusan Makanan
      • Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
      • Penyajian Makanan dan Minuman
      • Penyamanan Udara
      • Penyediaan Masakan Barat dan Timur
      • Penyejukan
      • Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
      • Persolekan
      • Pertanian
      • Pola Pakaian
      • Prinsip Elektrik & Elektronik
      • Produksi Multimedia
      • Programming and Development Tools
      • Rekaan dan Jahitan Pakaian
      • Rekacipta
      • Sains
      • Sains Gunaan
      • Sains Komputer
      • Sains Pertanian
      • Sains Rumah Tangga
      • Sains Sukan
      • Sains Tambahan
      • Seni Reka Tanda
      • Tanaman Makanan
      • Teknologi Automotif
      • Teknologi Bengkel Mesin
      • Teknologi Binaan
      • Teknologi Binaan Bangunan
      • Teknologi Elektrik
      • Teknologi Elektronik
      • Teknologi Kejuruteraan
      • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
      • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
    3. SATU(1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Prospek Kerjaya Pembantu Kanan Kejuruteraan Mekanikal • Penyelia Juruteknik/Unit Kejuruteraan Mekanikal • Pentadbir Penyenggaran Kejuruteraan Mekanikal • Perekabarangan plastik • Juruteknik pengeluaran produk plastik • Pembantu Jurutera Projek • Pembantu Jurutera Kualiti • Pembantu Jurutera Proses • Pembantu Jurutera Khidmat Pelanggan • Pereka Acuan Plastik • Pembantu Pegawai Penyelidik
Lain-lain

TERDAPAT KERJASAMA DENGAN PANASONIC INDUSTRIAL DEVICES SDN BHD DAN GUPPY PLASTICS INDUSTRIES SDN BHD.

Peluang Menyambung Pengajian:

  • Universiti Malaysia Perlis
  • Universiti Malaysia Pahang
  • Universiti Teknikal Melaka
  • Universiti Tun Hussien Onn
  • Universiti  Teknologi Malaysia