Pengumpulan Data Peribadi

  1. Data Peribadi bermaksud maklumat tentang anda yang diproses oleh TVET, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, umur, jantina, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan/nombor paspot, nombor hubungan, imej atau gambar anda, kelayakan akademik dan professional anda, maklumat majikan anda, dan semua maklumat lain yang mungkin mengenal pasti anda yang telah atau yang mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh TVET dari semasa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif (seperti yang dikenalpasti di bawah).
  2. Selain daripada Data Peribadi yang diberikan oleh syarikat anda, TVET juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber seperti :
    1. secara langsung daripada anda apabila anda telah terlibat dengan TVET untuk menyediakan perkhidmatan latihan;
    2. apabila anda mendaftar untuk acara-acara pemasaran, forum, persidangan, seminar, bengkel, kursus latihan dan/atau kursus pensijilan dengan TVET sama ada melalui TVET secara langsung atau melalui majikan anda;
    3. apabila anda mengakses atau menggunakan laman web TVET, https://www.tvetkedah.com;
    4. apabila anda memberikan Data Peribadi anda apabila mengisi borang-borang dan dokumen-dokumen tertentu seperti borang pendaftaran, borang maklum balas, borang aduan dan lain-lain;
    5. apabila anda berkomunikasi atau berinteraksi dengan TVET melalui platform media sosial atau laman rangkaian sosial; dan
    6. daripada rujukan dan agensi-agensi pihak ketiga.
  3. Data Peribadi anda juga mungkin dikumpul dan diproses oleh TVET dalam bentuk penangkapan gambar atau rakaman video, untuk tujuan penerbitan, siaran web berganti-ganti, pemantauan premis atau untuk rekod TVET, seperti yang difikirkan relevan.
  4. Penyediaan Data Peribadi anda adalah wajib. Jika anda tidak memberikan TVET Data Peribadi anda, TVET tidak akan dapat membekalkan anda dengan produk atau perkhidmatan atau melibatkan diri anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk kepada atau bagi pihak TVET.

Tujuan Pemprosesan

  1. TVET mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan kepada perniagaan dan aktiviti TVET yang termasuk (Tujuan):
    1. untuk melibatkan diri anda untuk menyediakan perkhidmatan dan/atau produk kepada TVET atau bagi pihak TVET;
    2. untuk memproses pendaftaran anda untuk acara pemasaran, forum, persidangan, seminar, bengkel, kursus latihan dan/atau kursus pensijilan;
    3. untuk membantu TVET membangunkan perniagaan, aktiviti-aktiviti, produk dan perkhidmatannya;
    4. untuk menjemput anda kepada acara-acara dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh TVET;
    5. untuk berkomunikasi dengan anda bagi sebarang tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini;
    6. untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti audit, perakaunan, analisis data, dan untuk mempertingkatkan perkhidmatan TVET;
    7. untuk tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
    8. untuk TVET mematuhi keperluan peraturan dan obligasinya di bawah undang-undang;
  2. dan anda bersetuju dan memberi persetujuan anda kepada TVET untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan mengikut cara yang dikenal pasti dalam Notis ini.
  3. TVET juga mungkin menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain (Tujuan Tambahan) seperti:
    1. untuk mengambil gambar anda di acara/majlis/sesi latihan yang dianjurkan oleh TVET bagi tujuan bukan berasaskan keuntungan termasuk surat berita TVET, laporan tahunan, Laman Web, dan platform media sosial/laman rangkaian sosial; dan
    2. untuk menyediakan, memasarkan dan/atau mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan atau yang mungkin ditawarkan oleh TVET dan/atau rakan-rakan kongsinya kepada anda.
  4. TVET mungkin menghubungi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan sama ada melalui panggilan telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas, pos, faksimili, media sosial atau apa-apa bentuk komunikasi yang tersedia ada.

Pemindahan Data Peribadi

  1. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia untuk Tujuan dan/atau di mana pelayan TVET terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di sini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

  1. Untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan, TVET mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan:
    1. anggota-anggota TVET, pelajar-pelajar dan pelanggan-pelanggan bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan dan produk yang anda sediakan atau bekalkan;
    2. pembekal perkhidmatan pihak ketiga TVET bagi tujuan melaksanakan perkhidmatan mereka;
    3. rakan-rakan kongsi TVET, seperti badan-badan pensijilan lain;
    4. penasihat-penasihat profesional TVET dan juruaudit luar;
    5. jawatankuasa, tribunal dan pegawai/kakitangan TVET;
    6. mana-mana ejen yang bertindak bagi pihak TVET;
    7. pihak penguatkuasa untuk mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan.

Penggunaan Cookies

  1. TVET mungkin menggunakan cookies iaitu fail teks kecil yang Laman Web mungkin letak pada komputer atau peranti mudah alih anda apabila anda melayari Laman Web. Sebagai contoh, TVET mungkin mengumpul alamat IP anda, perisian pelayar web (seperti Firefox, Internet Explorer, Safari atau Chrome) dan menyimpan maklumat tersebut dalam cookie unik yang disulitkan. Cookie ini akan membantu Laman Web atau laman web rujukan yang lain, untuk mengesahkan akses pengguna semasa dan mengiktiraf peranti anda apabila anda seterusnya melawat Laman Web. Ini akan membolehkan TVET mendapatkan akaun dan pilihan anda, butir-butir log masuk/butir-butir permohonan, menganalisis prestasi Laman Web, atau malah membenarkan TVET mengesyorkan kandungan yang TVET percaya akan paling berkaitan dengan anda.
  2. Kebanyakan pelayar membenarkan anda untuk memilih untuk tidak menerima fail cookie dengan membolehkan pelayar web anda untuk menolak cookie atau meminta anda sebelum menerima cookie. Adalah dimaklumkan bahawa, dengan tidak menerima cookie, anda mungkin tidak dapat mengakses kebanyakan perkhidmatan dan peralatan yang ditawarkan pada Laman Web.

Pautan-pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

  1. Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa TVET tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga tersebut. Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman tersebut, dasar privasi dan syarat-syarat perkhidmatan pada laman tersebut akan diguna pakai dan TVET tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.

Akses & Permintaan Pembetulan dan Siasatan

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang, anda boleh meminta akses kepada atau meminta pembetulan Data Peribadi anda yang dipegang oleh TVET, menghantar pertanyaan dan membuat aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda berhubung dengan Tujuan Tambahan dan/atau untuk menarik balik persetujuan yang telah diberikan bagi Tujuan Tambahan dengan menghubungi:

Exco Pendidikan Negeri Kedah
Aras 5, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman
+604 774 4108
[email protected]

  1. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, TVET mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana penyediaan akses kepada anda adalah tidak berkadaran dengan risiko kepada privasi anda atau orang lain. TVET juga berhak untuk mengenakan bayaran untuk mengakses Data Peribadi anda dalam amaun yang dibenarkan di bawah undang-undang.
  2. Dalam sesetengah keadaan anda mungkin telah memberikan data peribadi yang berkaitan dengan individu lain (seperti suami atau isteri, ahli keluarga atau rakan-rakan) dan dalam keadaan sedemikian anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menyediakan data peribadi mereka kepada TVET dan anda telah mendapatkan persetujuan mereka untuk data peribadi mereka diproses dan digunakan mengikut cara seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

Pengakuan dan Persetujuan

  1. TVET berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan memberitahu anda atau dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan TVET, atau melalui hubungan berterusan anda dengan TVET berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pemindaan Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada pengubahsuaian, pengemaskinian atau pemindaan tersebut.
  2. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.