Pengenalan Kursus

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan Diploma Kejuruteraan Mekatronik untuk menampung keperluan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dengan kursus pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Kursus Teras yang ditawarkan adalah seperti berikut Lukisan Kejuruteraan, Amalan Kejuruteraan Bengkel Mekatronik, Pengaturcaraan C, Teknologi Elektrik, Lukisan Terbantu Komputer[CAD], Sistem Elektronik, Haba Bendalir, Elektronik Industri, Pengawal Logik Boleh Pengaturcaraan[PLC], Kaji daya Bahan, Sistem Digit, Sistem Pneumatik & Hidraulik, Sistem Kawalan, Elektronik Kuasa, Projek, Automasi Industri, Mekanisma penghantar kuasa,dan Aplikasi Sistem Terbenam.

Graduan juga disyaratkan untuk melengkapkan 1 Kursus Elektif pada semester 4 dan 5 dengan minimum 4 kredit.  Kursus Elektif ini termasuk Mikropemproses, Lukisan Terbantu Komputer/ Pembuatan Terbantu Komputer[CADCAM], Robot Perindustrian, Pengurusan Industri, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia, Dan Aplikasi Komputer. Kursus Teras Biasa pula termasuk subjek Keselamatan & Kesihatan Pekerja, Kejuruteraan Matematik, Sains Kejuruteraan, Dan Keusahawanan. Kursus Wajib pula ialah Pengajian Malaysia, English Komunikasi, Asas Unit Beruniform, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sukan, Kelab/Persatuan, dan Komunikasi Dan Penyiaran Islam yang mana akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.

Butiran Kursus

Nama Institusi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
Laman Web Institusi www.polimas.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0128
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 3 TAHUN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan

Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Mathematics
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional berikut:
      • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
      • Aplikasi Elektrik & Elektronik
      • Asas Kelestarian
      • Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
      • Automotif Elektrik & Diesel
      • Automotif Kenderaan
      • Bahan Binaan
      • Biologi
      • Dandanan Rambut
      • Ekonomi Rumahtangga
      • Fizik
      • Fundamental of Programming
      • Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
      • Grafik Berkomputer
      • Grafik Komunikasi Teknikal
      • Hiasan Dalaman Asas
      • Hortikultur Hiasan dan Landskap
      • Information and Communication Technology
      • Katering dan Penyajian
      • Kejenteraan Ladang
      • Kerja Bata dan Kayu
      • Kerja Kimpalan
      • Kerja Menggegas & Melarik
      • Kerja Paip Domestik
      • Kimia
      • Kimpalan Arka dan Gas
      • Landskap dan Nurseri
      • Lukisan Geometri dan Automotif
      • Lukisan Geometri dan Elektrik
      • Lukisan Geometri dan Elektronik
      • Lukisan Geometri dan Fabrikasi Logam
      • Lukisan Geometri dan Mesin
      • Lukisan Geometri dan Pembinaan Bangunan
      • Lukisan Geometri dan Penyaman Udara
      • Lukisan Kejuruteraan
      • Matematik Tambahan
      • Membuat Pakaian
      • Membuat Perabot
      • Menservis Automobil
      • Menservis Motosikal
      • Menservis Peralatan Elektrik Domestik
      • Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
      • Menservis Radio dan TV
      • Patisserie
      • Pemasangan dan Kawalan Elektrik
      • Pembinaan Domestik
      • Pemesinan Berkomputer
      • Pemprosesan Makanan
      • Pendawaian Domestik
      • Pengajian Agroteknologi
      • Pengajian Kejuruteraan Awam
      • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
      • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
      • Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
      • Pengeluaran Tanaman
      • Pengeluaran Ternakan
      • Pengurusan Ladang
      • Pengurusan Makanan
      • Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
      • Penyajian Makanan dan Minuman
      • Penyamanan Udara
      • Penyediaan Masakan Barat dan Timur
      • Penyejukan
      • Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
      • Persolekan
      • Pertanian
      • Pola Pakaian
      • Prinsip Elektrik & Elektronik
      • Produksi Multimedia
      • Programming and Development Tools
      • Rekaan dan Jahitan Pakaian
      • Rekacipta
      • Sains
      • Sains Gunaan
      • Sains Komputer
      • Sains Pertanian
      • Sains Rumah Tangga
      • Sains Sukan
      • Sains Tambahan
      • Seni Reka Tanda
      • Tanaman Makanan
      • Teknologi Automotif
      • Teknologi Bengkel Mesin
      • Teknologi Binaan
      • Teknologi Binaan Bangunan
      • Teknologi Elektrik
      • Teknologi Elektronik
      • Teknologi Kejuruteraan
      • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
      • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
    3. SATU(1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Prospek Kerjaya • Pembantu Juruteknik • Juruteknik Pengeluaran • Juruteknik Ujian & Kebolehpercayaan • Jurutera Penyelenggaraan • Jurutera Jualan • Jurutera Permohonan • Penyelia Sistem Kawalan • Automasi dan Penyelia Robotik • Pereka Sistem Mekanikal Elektrik
Lain-lain