Pengenalan Kursus

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin bidang kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan dalam teknologi komunikasi. Program ini direka bentuk dengan asas kejuruteraan elektrik dan elektronik yang merangkumi matematik, asas elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor, pemasangan pendawaian dan reka bentuk terbantu komputer yang dapat menghasilkan graduan yang berketerampilan dan serba boleh, disamping memberi penekanan terhadap bidang pengkhususan di akhir program.  Kursus-kursus pengkhususan yang terlibat dalam program ini adalah telefoni, sistem komunikasi gentian optik, komunikasi data dan rangkaian, komunikasi tanpa wayar dan peranti gelombang mikro. 

Selain daripada penerapan pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Pengajian Malaysia, ko-kurikulum, pekerjaan, keselamatan dan kesihatan dan keusahawanan.

 

Butiran Kursus

Nama Institusi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
Laman Web Institusi www.polimas.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0131
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 3 TAHUN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Mathematics
    3. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional berikut:
      • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
      • Aplikasi Elektrik & Elektronik
      • Asas Kelestarian
      • Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
      • Automotif Elektrik & Diesel
      • Automotif Kenderaan
      • Bahan Binaan
      • Biologi
      • Dandanan Rambut
      • Ekonomi Rumahtangga
      • Fizik
      • Fundamental of Programming
      • Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
      • Grafik Berkomputer
      • Grafik Komunikasi Teknikal
      • Hiasan Dalaman Asas
      • Hortikultur Hiasan dan Landskap
      • Information and Communication Technology
      • Katering dan Penyajian
      • Kejenteraan Ladang
      • Kerja Bata dan Kayu
      • Kerja Kimpalan
      • Kerja Menggegas & Melarik
      • Kerja Paip Domestik
      • Kimia
      • Kimpalan Arka dan Gas
      • Landskap dan Nurseri
      • Lukisan Geometri dan Automotif
      • Lukisan Geometri dan Elektrik
      • Lukisan Geometri dan Elektronik
      • Lukisan Geometri dan Fabrikasi Logam
      • Lukisan Geometri dan Mesin
      • Lukisan Geometri dan Pembinaan Bangunan
      • Lukisan Geometri dan Penyaman Udara
      • Lukisan Kejuruteraan
      • Matematik Tambahan
      • Membuat Pakaian
      • Membuat Perabot
      • Menservis Automobil
      • Menservis Motosikal
      • Menservis Peralatan Elektrik Domestik
      • Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
      • Menservis Radio dan TV
      • Patisserie
      • Pemasangan dan Kawalan Elektrik
      • Pembinaan Domestik
      • Pemesinan Berkomputer
      • Pemprosesan Makanan
      • Pendawaian Domestik
      • Pengajian Agroteknologi
      • Pengajian Kejuruteraan Awam
      • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
      • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
      • Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
      • Pengeluaran Tanaman
      • Pengeluaran Ternakan
      • Pengurusan Ladang
      • Pengurusan Makanan
      • Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
      • Penyajian Makanan dan Minuman
      • Penyamanan Udara
      • Penyediaan Masakan Barat dan Timur
      • Penyejukan
      • Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
      • Persolekan
      • Pertanian
      • Pola Pakaian
      • Prinsip Elektrik & Elektronik
      • Produksi Multimedia
      • Programming and Development Tools
      • Rekaan dan Jahitan Pakaian
      • Rekacipta
      • Sains
      • Sains Gunaan
      • Sains Komputer
      • Sains Pertanian
      • Sains Rumah Tangga
      • Sains Sukan
      • Sains Tambahan
      • Seni Reka Tanda
      • Tanaman Makanan
      • Teknologi Automotif
      • Teknologi Bengkel Mesin
      • Teknologi Binaan
      • Teknologi Binaan Bangunan
      • Teknologi Elektrik
      • Teknologi Elektronik
      • Teknologi Kejuruteraan
      • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
      • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
    4. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Prospek Kerjaya • Pembantu Jurutera • Pembantu Jurutera Frekuensi Radio • Eksekutif Teknikal • Eksekutif Pemasaran • Penyelia Teknikal • Pembantu Perancang Teknikal • Pembantu Jurutera Rangkaian • Pembantu Pentadbir Rangkaian • Pembantu Jurutera “Drive Test” • Pembantu Jurutera Analisis “Drive Test” • Juruteknik Elektrik / Elektronik
Lain-lain