Pengenalan Kursus

Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu.

Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum, dan Inventive Problem Solving untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills.

Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.

Butiran Kursus

Nama Institusi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
Laman Web Institusi www.polimas.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0133
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 3 TAHUN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan

Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Mathematics
    2. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Prospek Kerjaya • Computer Application Programmer • Internet Programmer • Web Programmer • Database Programmer • System Analysts Assistant • Software Developer • Database Administrator • Software Tester • System Support Personnel • Systems Programmer • Network Support Personnel • Network Administrator • IT Supporting Engineer • Assistant Network Engineer • Technical Helpdesk / Support.
Lain-lain