Pengenalan Kursus

PENGENALAN:

Program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan awam.

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak binaan yang meliputi skop kerja di dalam industri pembinaan yang merangkumi aspek penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar.

Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan awam.

Butiran Kursus

Nama Institusi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
Laman Web Institusi www.polimas.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0134
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 3 TAHUN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan

Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Mathematics
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional berikut:
      • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
      • Aplikasi Elektrik & Elektronik
      • Asas Kelestarian
      • Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
      • Automotif Elektrik & Diesel
      • Automotif Kenderaan
      • Bahan Binaan
      • Biologi
      • Dandanan Rambut
      • Ekonomi Rumahtangga
      • Fizik
      • Fundamental of Programming
      • Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
      • Grafik Berkomputer
      • Grafik Komunikasi Teknikal
      • Hiasan Dalaman Asas
      • Hortikultur Hiasan dan Landskap
      • Information and Communication Technology
      • Katering dan Penyajian
      • Kejenteraan Ladang
      • Kerja Bata dan Kayu
      • Kerja Kimpalan
      • Kerja Menggegas & Melarik
      • Kerja Paip Domestik
      • Kimia
      • Kimpalan Arka dan Gas
      • Landskap dan Nurseri
      • Lukisan Geometri dan Automotif
      • Lukisan Geometri dan Elektrik
      • Lukisan Geometri dan Elektronik
      • Lukisan Geometri dan Fabrikasi Logam
      • Lukisan Geometri dan Mesin
      • Lukisan Geometri dan Pembinaan Bangunan
      • Lukisan Geometri dan Penyaman Udara
      • Lukisan Kejuruteraan
      • Matematik Tambahan
      • Membuat Pakaian
      • Membuat Perabot
      • Menservis Automobil
      • Menservis Motosikal
      • Menservis Peralatan Elektrik Domestik
      • Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
      • Menservis Radio dan TV
      • Patisserie
      • Pemasangan dan Kawalan Elektrik
      • Pembinaan Domestik
      • Pemesinan Berkomputer
      • Pemprosesan Makanan
      • Pendawaian Domestik
      • Pengajian Agroteknologi
      • Pengajian Kejuruteraan Awam
      • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
      • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
      • Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
      • Pengeluaran Tanaman
      • Pengeluaran Ternakan
      • Pengurusan Ladang
      • Pengurusan Makanan
      • Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
      • Penyajian Makanan dan Minuman
      • Penyamanan Udara
      • Penyediaan Masakan Barat dan Timur
      • Penyejukan
      • Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
      • Persolekan
      • Pertanian
      • Pola Pakaian
      • Prinsip Elektrik & Elektronik
      • Produksi Multimedia
      • Programming and Development Tools
      • Rekaan dan Jahitan Pakaian
      • Rekacipta
      • Sains
      • Sains Gunaan
      • Sains Komputer
      • Sains Pertanian
      • Sains Rumah Tangga
      • Sains Sukan
      • Sains Tambahan
      • Seni Reka Tanda
      • Tanaman Makanan
      • Teknologi Automotif
      • Teknologi Bengkel Mesin
      • Teknologi Binaan
      • Teknologi Binaan Bangunan
      • Teknologi Elektrik
      • Teknologi Elektronik
      • Teknologi Kejuruteraan
      • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
      • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
    3. SATU(1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Prospek Kerjaya • Penolong Jurutera • Pembantu Teknik • Penyelia Tapak • Penyelaras Bahan Binaan • Kerani Kerja Tapak • Pegawai Kesihatan dan Keselamatan • Pembantu Penyelidik • Pembekal Bahan Binaan • Kontraktor Pembinaan
Lain-lain